Petua Tambah Selera Anak Dengan Daun Kucai


Daun kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah.

Daun kucai juga mengandungi vitamin-vitamin yang sangat tinggi dan berfungsi untuk menambah selera makan.

Caranya :
  1. Ambil segenggam daun kucai dan ramaskannya
  2. Rendam daun kucai dalam baldi berisi air
  3. Mandikan anak pada mandian yang terakhir bilas dengan air daun kucai yang direndam.
  4. Mulakan bilasan pada bahagian bahu.
  5. Gosok-gosok dada dan belakang anak. 
  6. Urut-urutkan dada & belakang dada anak.
  7. Tidak perlu dibilas dengan air biasa.
  8. Keringkan badan anak macam biasa.
  9. Buat tiga hari berturut turut di sebelah petang.

Sumber : NurazizahYahya

Comments

Post a Comment