Ulam-ulaman lazimnya kurang mendapat sambutan apabila ia dihidangkan di meja makan. Ini kerana ramai antara kita yang tidak menyukai rasanya yang pahit dan tidak enak. Tetapi ulaman banyak dimakan oleh masyarakat pantai timur.
Ia selalunya dimakan mentah dan ada yang mencelur ulam-ulaman bagi mengurangkan rasa pahit dan dinikmati sebagai sayur-sayuran. Bagi masyarakat pantai timur pula, ulaman dimakan bersama Budu.
Namun tahukah anda bahawa ulam-ulaman mempunyai 1,001 khasiat. Kini banyak kajian tentang kahsiat ulam-ulaman terhadap kesihatan manusia telah dilakukan dan memang terbukti ia makanan yang menyihatkan.
Daun selasih atau nama lainya adalah kemangi, merupakan ulam yang sangat berkhasiat. Ia biasanya dimakan mentah. Daun ini juga ada digunakan sebagai penyedap makanan dalam lauk bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.
Antara khasiat daun ini adalah jika dimakan secara mentah anda boleh mengelak penyakit sembelit. Jadi ini sangat bagus untuk sistem pencernaan.Daun selasih atau kemangi juga mempunyai nilai perubatan yang begitu tinggi daripada segi perubatan.
Antara nilai khasiat dalam ulam ini mengandungi antiseptik dan ia digunakan sebagai analgesic (ubat tahan sakit).
Daun ini juga dapat menolong untuk memperkuatkan hati. Selain itu, ia mengurangkan ketegangan dan tekanan.
0 Comments