Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Petua Kekalkan Payudara Kekal Montok


Payu dara adalah aset yang amat berharga kepada setiap wanita. Ia merupakan lambang kewanitaan dan daya tarikan seksual. Memiliki payu dara yang cantik dan sihat adalah anugerah yang tidak ternilai. Amat beruntung bagi mereka yang memilikinya. Bagi wanita yang menginginkan payu dara yang cantik, anda boleh mengamalkan beberapa petua ini :

Mencantikkan Payu Dara
  1. Panaskan dua sudu minyak sapi dengan menggunakan api yang kecil 
  2. Kemudian sejukkannya. 
  3. Sapukan pada sekeliling payu dara dengan urutan secara perlahan-lahan selama 15 minit. 
  4. Kemudian lap sehingga bersih menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air suam.
  5. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. 
  6. Kemudian sapukan di sekeliling payu dara dan jangan terkena pada putingnya. 
  7. Biarkan selama 15 minit. 
  8. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Menegangkan Payu Dara
  1. Bagi ibu-ibu yang menyusu anak,mereka merasa bimbang dan takut payudara akan menjadi kendur. Terdapat cara untuk mengatasi masalah itu dengan mengamalkan petua ini.
  2. Sapukan minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
  3. Kemudian daun sirih tersebut di layur atas api kecil. 
  4. Apabila sudah layu, ramas daun sirih sehingga lumat dan sapukan pada sekeliling payu dara. Jangan terkena pada bahagian puting
  5. Lakukan sehingga 3 hari berturut-turut. 
  6. Payu dara anda akan kembali tegang.

Payu Dara Membengkak
  1. Bersihkan daun kacang panjang dan daun sirih. 
  2. Kemudian ramaskan kedua-duanya hingga hancur 
  3. Tampalkan pada payu dara. 
  4. Lakukan secara berulang

No comments: