Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Petanda Bahaya Ibu Hamil Berpuasa Yang Wajib Tahu


Pada bulan ramadhan, semestinya setiap daripada ibu hamil ingin berpuasa penuh, tetapi mereka perlu ingat, kandungan didalam perut perlu mendapat zat makanan yang secukupnya dan kandungan itu juga tidak menjejaskan kesihatan anda.

Kami di blogpetua, cuba mencari info yang boleh dikongsikan untuk perhatian ibu hamil. Disini kami senaraikan petanda yang mana seorang ibu hamil perlu berbuka puasa atau mengambil berat tentang perkara tersebut.

  1. Pendarahan - terutama selepas minggu ke 12 kehamilan.
  2. Contraction pain - Jika tidak cukup bulan, apa yang dirisaukan adalah tanda kelahiran pramatang.
  3. Terdapat perubahan yang ketara terhadap pergerakan baby. Contohnya ; Bayi kurang bergerak.
  4. Berat badan tidak naik pada kadar sepatutnya / kurang berat badan.
  5. Anda terasa tersangat haus, kurang kencing, dan air kencing jadi warna gelap (kuning pekat serta berbau kuat).
  6. Bluring of vission @ headache
  7. Anda mengalami keletihan / kelemahan yang melampau seperti :
    • Loya dan mula muntah
    • Pening , pengsan, lemah , keliru / letih. (Walaupun selepas rehat yang cukup). 
    • Jika perkara ini berlaku, segeralah berbuka puasa.

Pesanan terakhir, jangan malu atau segan untuk berjumpa dengan pakar perubatan untuk memastikan kesihatan anda dan anak anda berada dalam keadaan sempurna semasa menyambut ramadhan yang penuh kemuliaan.

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete