Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Ketahui Penyakit Anda Melalui Warna Air Kencing. Wajib Tahu!


Pelik dengan warna air kencing? Sudah berabad doktor mengkaji perubahan warna air kencing dan kaitannya dengan penyakit.
Air kencing yang keladak menunjukkan kemungkinan ada jangkitan kepada saluran air kencing dan air kencing yang berbau ‘manis’ menunjukkan kemungkinan ada diabetes.
Buah pinggang menghasilkan air kencing untuk membuang air, bahan kumuh dan toksin berlebihan dalam badan, juga bahan kumuh berlebihan dalam darah.

Air kencing boleh ‘memberitahu’ apa yang kita minum, apa yang kita makan, ubat apa yang kita makan dan penyakit apa yang  kita ada. Warna air kencing sangat penting untuk menentukan semua itu.

Air Kencing Warna Oren

Penyebab

  1. Dehidrasi. 
    • Bila anda kurang minum air, air kencing anda akan jadi pekat dan bertukar menjadi oren atau kuning gelap.
  2. Makanan Lobak Merah, 
    • Jus Lobak Merah boleh menyebabkan air kencing bertukar menjadi oren.
    • Jika anda makan banyak lobak merah atau minum banyak jus lobak merah, karoten dalam lobak akan menyebabkan air kencing, tapak tangan dan kaki menjadi oren.
    • Makanan dan pill yang mempunyai Vitamin C yang tinggi juga menyebabkan air kencing berwarna oren.
  3. Ubat
    • Sesetengah ubat seperti coumadin, antibiotics, laxatives danchemotherapeutic drugs boleh menyebabkan air kencing berwarna kuning.Vitamin B Compleks juga menyebabkan air kencing berwarna kuning gelap atau oren.

Apa yang perlu dibuat ?

  1. Jika air kencing bertukar warna bukan sebab makanan dan ubat, nampaknya anda perlu minum air yang cukup. 
  2. Minum lebih air dan ia meningkatkan kesihatan badan anda secara keseluruhan. 
  3. Warna air kencing disebabkan ubat adalah tidak bahaya, tetapi jika air kencing menjadi oren disebabkan anda makan lobak yang banyak, anda harus untuk kurangkan pengambilannya.


Air Kencing Berkeladak dan Keruh

Penyebab

  1. Jangkitan Kencing
    • Jika anda mempunyai jangkitan kencing, bakteria dan sel imun dalam air kencing akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi keruh. 
    • Jangkitan saluran kencing adalah biasa dikalangan wanita dan biasanya menyebabkan rasa sakit dan kerap buang air kencing.
  2. Kegagalan Buah Pinggang
    • Protein yang terdapat dalam air kencing menyebabkan ia bertukar keruh. Ia adalah tanda kegagalan buah pinggang.
  3. Jangkitan secara umum
    • Apabila anda sakit dan mengalami jangkitan bakteria, sel imun dan bakteria akan mengeruhkan air kencing.

Apa yang perlu dibuat?
Kepada wanita yang pernah mengalami jangkitan saluran kencing pasti tahu simptom-simptomnya.

  1. Cara paling cepat untuk mengubatinya adalah dengan rawatan antibiotik. 
  2. Jika anda tidak demam dan sakit, anda perlu buat analysis air kencing dan ujian darah untuk mengenalpasti adalah kegagalan buah pinggang yang menyebabkan air kencing anda keruh.


Air Kencing Biru @ Hijau

Penyebab

  1. Makanan
    • Asparagus boleh menyebabkan air kencing menjadi hijau dan berbau pelik. 
    • Warna biru mungkin terhasil dari pewarna makanan dalam makanan.
  2. Ubat. 
    • Sesetengah multivitamin, ubat tahan muntah, ubat tahan sakit dan ubat-ubat lain akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi biru
  3. Familial hypercalcemia
    • Familial hypercalcemia adalah penyakit kanak-kanak yang jarang berlaku yang biasanya menyebabkan air kencing menjadi biru

Apa yang perlu dibuat?

  1. Warna air kencing ini tidak menunjukkan apa-apa bahaya kecuali Familial hypercalcemia.


Air Kencing Coklat Gelap

Penyebab

  1. Sayur
    • Jika anda makan beberapa jenis makanan seperti sayur rhubarb atau favor beans, air kencing anda mungkin bertukar warna menjadi coklat gelap.
  2. Ubat
    • Antibiotik, ubat anti-malaria, penenang otot dan laxative seperti Senna boleh menyebabkan air kencing berubah warna menjadi coklat gelap.
  3. Kegagalan fungsi buah pinggang dan hati.
    • Air kencing berwarna coklat gelap mungkin tanda kegagalan buah pinggang atau hati.
    • Kedua-dua penyakit liver cirrhosis dan acute viral hepatitis boleh menyebabkan air kencing menjadi coklat gelap. 
    • Kegagalan buah pinggang yang kronik  seperti acute glomerulonephritis di mana buah pinggang tidak boleh membuang cecair dan badan kumuh berlebihan dari darah akan menyebabkan air kencing bertukar menjadi coklat gelap.

Apa yang perlu dilakukan? 

  1. Jika masalah ini bukan disebabkan makanan atau ubat, anda disarankan untuk berjumpa doktor. 
  2. Jika air kencing bertukar warna menjadi coklat gelap. Kegagalan buah pinggang dan hati yang kronik perlukan rawatan segera.


Air Kencing Tiada Warna atau Pucat

Penyebab

  1. Terlebih minum air atau kafein
    • Jika air kencing anda tiada warna, anda mungkin minum banyak air atau anda minum air yang mengandungi diuretics seperti kafein
  2. Diuretics
    • Ubat yang mengandungi diuretics mungkin menyebabkan air kencing tiada warna kerana ia menggesa badan membuang air berlebihan dalam badan
  3. Kegagalan buah pinggang
    • Air kencing tiada warna mungkin disebabkan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik kerana ia tidak boleh memekatkan air kencing. 


Apa yang perlu dilakukan?

  1. Anda boleh mengurangkan minum air atau pengambilan kafein. 
  2. Tetapi jika air kencing tiada warna adalah bukan disebabkan minum air banyak atau ubat, anda perlu membuat uji kaji buah pinggang supaya dapat mengesan buah pinggang berfungsi dengan baik atau tidak.


Air Kencing Berwarna Merah atau Pink

Penyebab

  1. Buah-buahan atau sayur-sayuran
    • Banyak berry dan sayur berwarna warni seperti red beets boleh menyebabkan air kencing bertukar menjadi merah atau pink
  2. Ubat
    • Laxatives dan ubat antipsychotics boleh menukarkan warna air kencing menjadi merah
  3. Keracunan bahan logam berat
    • Logam kronik atau keracunan merkuri menghasilkan pigmen merah yang akan dikumuh kepada air kencing.
  4. Darah
    • Walaupun beberapa titis darah, ia boleh menyebabkan air kencing menjadi merah.
    • Senaman berat, jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau batu karang, barah pundi kencing dan barah buah pinggang boleh menyebabkan ada darah dalam air kencing.

Apa yang perlu dilakukan?

  1. Anda perlu berjumpa doktor jika air kencing anda berwarna merah bukan disebabkan ubat atau makanan.

No comments: