Ramai wanita akan risau bila melihat kulit mula kendur. Bimbang andai kata perhatian suami akan mula beralih arah.

Antara cara untuk melambatkan masalah kulit kendur bukan sahaja di bahagian muka, tetapi juga seluruh badan ialah dengan menggunakan buah manjakani.

Buah ini bukan sahaja bagus untuk tujuan merapatkan otot vagina wanita tetapi juga berguna untuk petua kecantikan lainnya.

Cara:

  1. Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. 
  2. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. (Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan)
  3. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya. 
  4. Lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. 
  5. Biarkan sampai kering. 
  6. Kemudian bolehlah mandi. 
  7. Elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.