Kebaikan Daun Betik Yang Wajib Anda Tahu !


Kebaikan Daun Betik

Merawat Demam Malaria
Bagi sesiapa yang menghidap demam malaria, selain daripada berubat dengan kaedah moden, boleh juga diikhtiarkan seperti mana amalan perubatan tradisional.

  • Tumbuk segenggam daun betik dan perah airnya. 
  • Air perahan tu dicampurkan pula dalam satu besen air bersih dan dikacau beberapa ketika. 
  • Mandikan pesakit dengan air daun betik nie selama dua atau tiga kali  sehari. 
  • Jika tidak dapat dimandikan, lapkan ke seluruh badan pesakit. I


Memperbanyakkan Susu Badan
Bagi para ibu yang sedang menyusukan anak dengan susu badan (breastfeeding) dan merasakan susu badan berkurangan :

  • Amalkan minum air rebusan daun betik. 
  • Amalan minum air rebusan daun betik dipraktikkan oleh kebanyakan wanita dahulu untuk memperbanyakkan air susu.


Supaya Satay Lebih Empuk dan Wangi
Bagi mereka yang ingin membuat satay dan ingin dapatkan daging satay yang lembut dan empuk. Cuba petua ini : (Satay yang telah siap digaul dengan perencah)

  • Bungkus dengan daun betik selama satu jam. 
  • Dengan cara ini, dagung satay tu akan menjadi empuk dan berbau wangi apabila dibakar.

Comments