Tonsilitis merujuk kepada keradangan tonsil. Tonsilitis ni boleh berlaku akibat keradangan virus dan kadangkala bakteria yang boleh menyebabkan pembesaran tonsil ni. Ada 3 peringkat, sama ada ringan, sederhana dan teruk.

Gejala biasa tonsilitis ni termasuklah sakit tekak, demam, bengkak kelenjar pada tonsil, kesukaran menelan, hidung berair, sakit kepala, nafas berbau, batuk dan bersin.

Tonsilitis ni sangat mudah berjangkit tau, jadi berhati-hatilah. Bakteria atau virus boleh disebarkan melalui titisan di udara dari batuk atau bersin atau melalui hubungan sosial.

Jadi jika anda adalah pembawa, sila la rawat dengan segera, kesian orang yang terjangkit nanti.

Ok, memang terdapat banyak jenis ubat-ubatan untuk merawat tonsil ni tapi adalah lebih baik sekiranya anda cuba untuk merawatnya secara semulajadi, dapat tingkatkan imun sistem kita.

Disini disertakan 8 petua yang boleh anda cuba :

1 . Air Garam
  • Campurkan satu sudu teh garam dalm secawan air suam.
  • Kumur-kumur dengan larutan ni. Jangan telan tau!
  • Ulang sekerap mungkin untuk pemulihan yang cepat

2 . Lemon
  • Ambil segelas air suam, tambahkan jus dari sebiji lemon, secubit garam dan satu sudu teh madu. Minum perlahan-lahan, dua kali sehari selama beberapa hari.
  • Alternatif lain, anda boleh taburkan sedikit garam dan lada pada sepotong lemon, kemudian hisap lemon tu. Ia akan membantu memaksa kahak keluar dari tekak anda. 
  • Ulang 2 atau 3 kali sehari untuk beberapa hari.

3 . Daun Selasih
  • Ambil12 daun selasih ke dalam satu setengah cawan air. Jerang selama 10 minutes
  • Perahkan jus lemon (1biji) kepada larutan tadi. Kalau nak manis sikit boleh tambahkan satu sudu teh madu
  • Minum 3kali sehari selama 2 atau 3 hari

4 . Kunyit

  • Tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit (semulajadi) kedalam segelas air panas ataupon air garam.
  • Berkumur dengan campuran ini beberapa kali sehari terutamanya sebelum tidur. Ia akan membantu menghilangkan keradangan dan kesakitan
  • Sebagai alternatif, anda boleh tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit dan secubit lada hitam ke dalam segelas susu panas.
  • Minum pada waktu malam untuk 2-3 hari untuk mempercepatkan tempoh penyembuhan.


5 . Kayu manis

  • Tambah satu sudu teh serbuk kayu manis ke dalam segelas air panas.
  • Campurkan dua sudu teh madu
  • Hirup perlahan-lahan semasa ia masih panas
  • Minum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu


6 . Daun Pudina

  • Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. 
  • Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal
  • Tambahkan satu sudu teh madu dan minum semasa ia masih panas.
  • Minum 2-3 kali sehari untuk beberapa hari
  • Boleh juga berkumur dengan pencuci mulut berperisa pudina beberapa kali sehari selama anda mempunyai tonsilitis


7 . Halba

  • Tambahkan 2 sudu besar halba kepada 2-3 cawan air.
  • Renehkan selama 30minit
  • Biakan sejuk
  • Berkumur dengan air ini sekurang-kurangnya selama 30saat. Ulang 2 kali sehari sehingga tonsilitis dan sembuh


8 . Biji Carom

  • Panaskan satu perempat sudu teh biji karom ni dalam kuali sehingga keperangan.
  • Tambahkan secubit serbuk kunyit dan kacau sehingga sebati. Kemudian tambahkan secawan susu panas dan gaul rata
  • Angkat dari api
  • minum semasa masih panas. Minum sehari 2kali selama 2 ke 3 hari