Adakah bayi anda muak dengan hidangan menu yang sama setiap hari? Cuba pelbagaikan pemberian makanan untuk bayi agar dia dapat mencuba pelbagai perisa makanan serta khasiat yang berbeza setiap hari. Menu bubur jagung dan madu ini sesuai untuk bayi berusia tujuh bulan dan ke atas.
Bahan-bahan:
- 60 gram dada ayam, dimasak, dibuang tulang dan kulit
- 30 gram jagung manis
- 125 ml stok ayam
- 30 ml susu ibu
- 20 ml madu
- 10 gram bawang besar dicincang halus
Cara memasak:
- Rebus bawang besar dengan stok ayam di dalam periuk.
- Masukkan jagung. Tutup dan renehkan selama 15 minit sehingga jagung menjadi lembut.
- Masak lagi selama 2 – 3 minit.
- Masukkan ayam dan rebus sehingga masak.
- Kisar campuran bersama madu sehingga halus.
- Masukkan sedikit susu ibu dan hiding.
sumber : pa&ma
0 Comments