Petua Resipi Cheese Cake


Bahan-Bahan

Bahan A

  • 250 gm biskut 
  • 125 gm mentega tanpa garam 


Bahan B

  • 200 ml whip cream
  • 250 gm krim keju 
  • 150 gm gula kastor
  • 1 sudu besar jus lemon ( Jangan letak banyak nanti masam )


Bahan C

  • 15 gm gelatin 
  • Double boiler dan sejukkan selama 5 minit
  • Topping
  • Strawberri atau blueberri secukupnya
  • Jus Lemon
  • Gula Caster
  • Sedikit Air


Cara-cara

  1. Hancurkan biskut hingga jadi serbuk. Sediakan loyang ( Pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah di keluarkan )
  2. Cairkan mentega. Tuang mentega ke dalam bekas berisi biskut tadi. Kacau rata. Tekan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat. Sejukkan dalam fridge supaya menjadi keras.
  3. Pukul whip cream hingga pekat dan gebu. 
  4. Pukul krim keju atau keju bar bersama gula dan lemon sehingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin yang telah di double boiler tadi dan gaul sebati.
  5. Kemudian tuangkan bahan ini ke dalam bekas berisi whip cream tadi dan gaul rata dengan menggunakan whisk.
  6. Keluar adunan biskut tadi. Tuangkan adunan krim keju tadi ke atas adunan biskut. Sejukkan dalam fridge sekurang-kurangnya 2-3 jam.
  7. Campur semua bahan topping dengan kaedah double boiler.
  8. Tuangkan atas kek hingga habis. 
  9. Sejukkan semula.
  10. Hidangkan.

Sumber : LadyFarisha

Comments