Apabila tiba puasa, bagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa kadangkala amat sukar untuk menahan lapar dan dahaga. Bukan setakat kanak-kanak, malahan yang dewasa juga terpengaruh dengan nafsu makan.

Disini kami sertakan beberapa petua yang boleh diamalkan untuk badan sentiasa cergas menahan lapar dan dahaga di bulan ramadhan yang mulia ini.

  1. Wajib bersahur
  2. Sebelum makan, gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. 
  3. Kemudian baca Surah Al Ikhlas bagi setiap gumpalan nasi tersebut. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.
  4. Makan nasi seperti biasa selepas habis 3 gumpalan nasi tersebut.
  5. Selepas makan sahur, ambil 7 biji buah kurma. 
  6. Sebelum makan, bacakan selawat bagi setiap buah kurma yang hendak dimakan, 


Surah Al Ikhlas dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.

Buah kurma pula ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.