Bau tandas yang sememang meloyakan anak tekak. Sehinggakan boleh termuntah. Cubalah petua senang ini, supaya bau tandas rumah anda sentiasa wangi yang nyaman.

Hampas kopi jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya ialah :

  • Masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, 
  • Biarkan beberapa lama dan siram. 
  • Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.