Petua 1
- Ambil beberapa tangkai daun inai, besihkan dan rebus.
- Minum airnya tiga kali seminggu. Seelok-eloknya pada waktu pagi dan malam.
Petua 2
- Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar separuh halus.
- Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan parut atau kisar.
- Satukan beras kisar dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang pekat.
- Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk tersebut ke muka perlahan-lahan.
- Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri.
- Amalkan selama tiga malam berturut-turut
Petua 3
- Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus.
- Selepas itu gentel kecil-kecil seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk.
- Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.
- Amalkan sehingga nampak keberkesanannya.
0 Comments