Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok iaitu saluran udara dibahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak.

Sengkuang cina dikatakan boleh menjadi penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam,selsema dan batuk.

Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat,lemak,protein,vitmain C,kalsium,fosforus dan zat besi.

Ia digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi.

Cubalah amalkan makan sengkuang cina untuk melegakan bronkitis anda.