1. Madu asli.
- Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak.
- Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
- Sila guna sudu plastik yer!
2. Kunyit hidup atau bawang putih.
- Ambil Kunyit hidup tersebut dan gosok kat mana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk.
- Selepas itu serbuk kunyit tersebut dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan pada dada bayi.
- Jika mahu gunakan bawang putih, bakar sediikit bawang putih tersebut tapi jgn sampai hangit.
- Caranya sama dengan menggunakan kunyit. Gosok, ambil serbuk, kemudian campur dengan minyak masak baru, kemudian sapu pada dada bayi.
3. Daun kaduk.
- Ramas daun kaduk dengan kapur sirih.
- Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi.
- Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.
4. Kismis
- Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari.
- InsyaAllah batuk akan hilang.
5. Daun Bunga Tahi Ayam.
- Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir.
- Kemuadian sapu pada tengkuk dan dada.
6. Gula Melaka
- Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak.
- Ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula.
- Lakukan beberapa kali hingga sembuh.
7. Pucuk Ubi
- Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.
- Ambil air tersebut dan sapukan pada leher dan dada anak anda.
- Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.
Sumber : AreNis
1 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete