1. Madu asli.

  • Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. 
  • Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. 
  • Sila guna sudu plastik yer!

2. Kunyit hidup atau bawang putih.

  • Ambil Kunyit hidup tersebut dan gosok kat mana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk. 
  • Selepas itu serbuk kunyit tersebut dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan pada dada bayi. 
  • Jika mahu gunakan bawang putih, bakar sediikit bawang putih tersebut tapi jgn sampai hangit.
  • Caranya sama dengan menggunakan kunyit. Gosok, ambil serbuk, kemudian campur dengan minyak masak baru, kemudian sapu pada dada bayi.

3. Daun kaduk.

  • Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. 
  • Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. 
  • Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.

4. Kismis

  • Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. 
  • InsyaAllah batuk akan hilang.

5. Daun Bunga Tahi Ayam.

  • Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir. 
  • Kemuadian sapu pada tengkuk dan dada.

6. Gula Melaka

  • Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak. 
  • Ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula.
  • Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

7. Pucuk Ubi

  • Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.
  • Ambil air tersebut dan sapukan pada leher dan dada anak anda. 
  • Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.

Sumber : AreNis