6 Petua Hilangkan Nafas Berbau

Masalah mulut berbau / nafas berbau. Perkara yang membuatkan kita berasa malu untuk bercakap dengan orang ramai.

Cubalah amalkan mana-mana petua mudah di bawah ini untuk mengatasi masalah mulut berbau / nafas berbau.

Petua Pertama
  • Ambil 15 helai pucuk jambu batu @ daun yang muda. 
  • Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separuh air. 
  • Tambahkan sedikit garam dan kacau. 
  • Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. 
  • Amalkan selalu.
Petua Kedua
  • Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. 
  • Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. 
  • Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. 
  • Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. 
  • Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. 
  • Amalkan selalu.
Petua Ketiga
  • Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. 
  • Minum air tersebut. 
  • Amalkan setiap hari.
Petua Keempat
  • Ambil beberapa helai daun sirih. 
  • Ramas hingga keluar jusnya. 
  • Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. 
  • Tapis dan minum. 
  • Amalkan setiap hari.
Petua Kelima
  • Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. 
  • Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. 
  • Amalakan 2 kali sehari setiap hari.
Petua Keenam
  • Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. 
  • Telan airnya, hampasnya dibuang. 
  • Amalkan setiap malam.

Comments