Sekumpulan masyarakat dari Colorado, Amerika Syarikat mempunyai tabiat minum air kencing sendiri atau menggunakannya untuk perubatan.
Mereka akan membuat perjumpaan di Perpustakaan Awam Boulder untuk mengadakan “Urine Therapy Meetup” dan mereka akan membincangkan tentang manfaat air kencing untuk kesihatan.
Salah seorang daripanya Christopher Macor, berkata air kencingnya mampu menyembuhkan ekzema di tangannya apabila tidak berfungsi.
Dia juga mengatakan bahawa berubat dengan cara itu telah menjadi amalan orang lain sejak dulu lagi.
Satu lagi ahli wanita, Indira Gupta, menyatakan bahawa dia telah minum air kencing untuk menyembuhkan pelbagai penyakit sejak 1983.
Dalam laporan lain terdapat juga individu yang menggunakan air kencing sebagai toner dan dipercayai mampu menjadikan kulit wajah lebih licin dan halus.
Berikutan peningkatan jumlah masyarakat yang membuat rawatan dengan minum air kencing sendiri, ia telah dihalang oleh seorang doktor terlatih bagi mengelakkan kesan sampingan berlaku.
Dalam bukti perubatan juga tidak langsung menunjukkan bahawa air kencing mampu merawat segala penyakit.
0 Comments