3 Langkah Mudah Uruskan Janin Keguguran (anak meninggal)

#1. Bacakan niat

  • Baca niat, Sahaja aku mandikan janin ini kerana Allah SWT.
  • Kemudian ratakan air bersih di seluruh badan janin. (Boleh juga tambah air sabun atau cendana, ia sekadar sunat wangian).


#2. Letakkan 3 helai lapisan kain putih

  • Setelah itu letakkan tiga helai lapisan kain putih dan sedikit kapas sekiranya ada serta 3 utas tali yang dipotong dari helaian kain putih.
  • Selepas mandikan janin, letakkan atas kain putih dan tutup sehelai demi sehelai.


#3. Gali kubur sedalam satu atau 2 kaki

  • Kemudiannya, gali kubur sedalam satu atau dua kaki sebagai syarat untuk tidak mengeluarkan bau atau digali binatang.
  • Selepas itu, letakkan jenazah janin dengan kedudukan sama seprti jenazah dewasa dan letakkan papan lahad dan kambus hingga selesai. 


Nota tambahan: 

  1. Dapakan permit mengubur dari pihak Forensik Hospital atau balai polis kerana jika kebumi tanpa permit, kemungkinan boleh didakwa kerana sembunyikan kematian. 
  2. Janin yang mati dalam kandungan tak perlu disolatkan. Tapi jika bayi dilahirkan hidup, kemudian meninggal maka wajib solat jenazah ke atasnya. 
  3. Kaedah sama seperti tanam uri tapi ibu ayah kena minta permit terlebih dahulu. 
  4. Semoga bermanfaat.


Sumber : AsianParent