Masih ingatkah anda pada kisah seekor ular sawa yang dikerumuni ratusan kutu babi sehingga memerlukan ia menjalani rawatan selepas diselamatkan?

Sengkenit atau kutu babi adalah bintang parasit yang biasa ditemui di persekitaran kita.

Malah bagi sesetangah orang, pastinya pernah atau biasa terkena gigitan sengkenit atau ada sesetengahnya memanggilnya kutu babi.

Sebenarnya sengkenit adalah arakanid kecil dalam keluarga Ixodoidea dalam kelompok hama.

Ia merupakan ektoparasit (parasit luaran) yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia burung dan kadang-kadang reptilia dan amfibia.

Namun tahukah anda bahaya sebenar binatang ini? Apakah virus sebenar yang dibawanya? Apa kesannya jika ia menggigit manusia?

Sebenarnya sengkenit atau kubu babi juga membawa virus yang tidak kurang bahaya kepada manusia. Cuma ancamannya mungkin jarang didengari dan tiada laporan mengenainya direkodkan di Malaysia.

Ia sebenarnya membawa virus Congo atau CCHF yang boleh menyebabkan demam berdarah.

Virus ini boleh menyebabkan seseorang demam, sakit otot, pening, sakit kepala, sakit mata.

Malah pesakit juga boleh diancam berlakunya pembesaran limfa (lymphadenophaty) dan bintik-bintik merah yang menyebabkan pendarahan pada permukaan mukosa dalaman seperti mulut, tekak dan kulit.

Jika pesakit tidak mendapatkan rawatan dengan segera ia mampu menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

Ia termasuklah kerosakkan buah pinggang, kegagalan hati dan seterusnya boleh menyebabkan maut.

Bagaimanapun  di Malaysia kita belum lagi mendengar mana-mana individu yang terkena jangkitan ini sehingga membawa maut.

Namun jika anda terkena gigitan sengkenit ini, segeralah mencabutnya dan mendpatkan rawatan yang sepatutnya.

Sumber : Astro Awani