Menurut Dr. Dulcinea Pitagora, seorang pakar terapi psikologi di New York (yang lebih dikenali sebagai The Kink Doctor), permainan di ranjang bukan semata-mata untuk memanaskan aksi.

Tapi, ia juga mampu meningkatkan komunikasi antara pasangan. Hal ini kerana sebelum permainan dimulakan, kedua-dua suami isteri haruslah berbincang dan bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan.

Kemudian, barulah permainan di ranjang ini bermula! Dari permainan ini, anda boleh lebih mengenali pasangan, malah berkomunikasi tentang apa yang kalian suka atau tidak suka.


3 jenis permainan di ranjang anda patut cuba malam jumaat ini!


1. Berlakon fantasi yang diingini

Permainan ini termasuklah segala fantasi, keinginan, dan apa yang anda ingin tahu. Ambillah peluang ini untuk mencuba sesuatu yang anda ingin sangat cuba itu.

Tulis di atas kertas, potong ia kecil-kecil dan jadikan seperti lucky draw. Jika anda lebih berani, cuba permainan truth-or-dare, atau tanya soalan tentang fantasi rahsia pasangan.

Tapi ingat: Walaupun anda berdua telah bersetuju untuk mencuba permainan di ranjang ini, namun tidak mengapa jika anda menolaknya kemudian. Yang penting adalah bawa berbincang dan nyatakan persetujuan anda.


2. Role-playing

Role-playing bermaksud “berlakon” menjadi orang lain/karakter untuk memenuhi fantasi. Anda boleh “berlakon” dari watak yang biasa-biasa hinggalah boleh jadi ke BDSM.

Pilih identiti yang baru seperti bos/majikan, doktor/jururawat atau individu yang anda terserempak di jalanan. Ikut saja apa imaginasi yang datang!

Apabila kalian mencuba permainan di ranjang ini, hubungan kalian akan lebih rapat dan kalian akan lebih mempercayai antara satu sama lain.

Mesti anda ada pelbagai fantasi yang ingin dilakonkan bersama pasangan, kan? Waktu inilah untuk anda cuba! 😛


3. Virtual Reality (VR)

VR itu apa? VR, atau virtual reality adalah sejenis peralatan komputer yang dipakaikan di atas kepala (seperti gambar du atas). Ia membina atau memaparkan persekitaran stimulasi.

Ia tak sama macam kita lihat skrin komputer, kerana anda akan melalui pengalaman dari first-person view” seolah-olah macam anda memang betul-betul di tempat itu.

Cuba guna VR sebagai permainan di ranjang anda. Pasti anda akan mampu mencipta suasana sensual yang sungguh ehmmppp!

Jangan cuba bertanding ketika melakukan permainan di ranjang ini
Permainan selalu membawa kepada pertandingan. Tapi bila anda melakukan 3 permainan di ranjang ini, janganlah buat ia seperti pertandingan.

Apa yang anda lakukan di ranjang adalah sangat subjektif. Jadi, jangan hukum atau bandingkan apa yang anda buat dengan pasangan.

Kita kan sudah selalu sangat dibanding-banding di pejabat, ketika berkumpul dengan keluarga atau di tempat awam. Jadi, jangan bawa ia ke dalam kamar tidur anda.

Ha… apa lagi? Jom cuba 3 permainan di ranjang berikut malam ini juga!

Sumber : AsianParent