1. SELERI
Sayuran ini berkesan untuk meningkatkan ghairah seksual terutama untuk stimulasi seksual kerana kaya dengan androsterone. Androsterone adalah hormone tidak berbau yang dihasilkan oleh lelaki ketika pasangan mula terangsang. Cara pengambilan seeloknya dimakan mentah atau dijadikan ulam-ulaman.

2. TIRAM MENTAH
Khasiat tiram dalam membantu masalah berkenaan nafsu seksual yang kian menurun sememangnya sudah diketahui. Tiram kaya dengan zink yang meningkatkan penghasilan sperma dan testosterone. Ia juga mengandungi dopamine, hormone yang meningkatkan kesenangan seksual. Sebelum mengambil tiram mentah pastikan dahulu kebersihannya.

3. PISANG
Buah ini kaya enzim bromelain, yang dapat meningkatkan libido kaum lelaki. Selain itu, pisang merupakan sumber potassium dan vitamin B seperti riboflavin yang dapat meningkatkan tahap tenaga tubuh secara keseluruhan.

4. AVOKADO
Kaya dengan asid folik yang membantu metabolisme protein untuk menambah tenaga. Buah ini juga kaya vitamin B6(zat yang meningkatkan penghasilan hormone lelaki) dan potassium (yang mengatur kelenjar tiroid pada wanita), dua elemen yang terdapat pada Avakado ini dapat membantu meningkatkan libido lelaki dan wanita. Memadai dengan memakan Avakado yang telah masak.

5. KACANG BADAM
Juga kekacang yang lain. Badam merupakan sumber utama asid lemak, pati yang penting sebagai menghasilkan hormone kesihatan buat lelaki. Yang penting, aroma Badam dapat membangkitkan ghairah wanita. Cara pengambilannya pula boleh dengan cara terus dimakan tanpa perlu menambah perisa.

6. TELUR
Telur kaya dengan Vitamin B6 dan B5. Telur dapat menyeimbangkan tahap hormone dan memerangi stress, 2 perkara penting bagi pembangkit ghairah. Telur juga simbol kesuburan dan kelahiran kembali. Kalau anda biasa mengambilnya secara mentah, teruskan mengamalkannya terutama sebelum perhubungan seks kerana ia akan meningkatkan tenaga.

7. HATI
Kaya dengan glutamine bahan bakar sel bagi system kekebalan tubuh, yang kononnya berkesan membangkitkan libido yang mulai menurun. Makan hati bersama-sama bahan-bahan seperti bawang merah dan minyak(ditumis) agar berselera bila dimakan.

8. BUAH ARA
Kaya dengan kandungan asid amino yang diyakini mampu meningkatkan ghairah seksual. Buah ini juga dapat meningkatkan stamina seksual. Makanlah buah ara yang masih segar.

9. BAWANG PUTIH
Walaupun baunya kurang sedap untuk mulut, tapi cukup bagus untuk organ seksual. Bahan yang kaya Allicin ini mampu meningkatkan aliran darah ke organ genital membuatkan anda cepat terangsang. Daunnya juga dikatakan mampu mempercapatkan ghairah dengan cepat. Menurut satu sumber diinternet(Forum), Bawang putih ini mampu memekatkan air mani sekaligus akan melambatkan pancutan air mani.

10. COKLAT
Kaya dengan Alkaloid jenis thebromin yang mengandungi phenylethylamine, bahan kimia yang dipercayai menghasilkan perasaan ‘cinta’. Dark Chocolate sangat bagus bagi tubuh kerana fungsinya membantu system kekebalan tubuh.

SHARE untuk manfaat bersama makanan tingkatkan kesuburan suami rakan NAK HAMIL & KESIHATAN ENCIK SUAMI