Berapa kerap anda rasa lapar? Atau adakah anda jarang membenarkan perut anda berasa lapar kerana makanan berada di mana-mana dan anda menyuap makanan ke mulut anda hampir setiap masa?

Maka ini artikel yang sesuai untuk bacaan anda. Ini kerana kelaparan itu sebenarnya ada kebaikannya tersendiri untuk kesihatan. Jika anda berpuasa atau melayan rasa lapar menggunakan kaedah tertentu, anda akan mengalami beberapa kesan positif pada kesihatan anda.

Lazimnya apabila anda berasa lapar dan menikmati sesuatu makanan, ia memberi keenakan tersendiri. Hidangan terasa lebih sedap dan nikmat apabila dimakan ketika rasa lapar. Dan peluang ‘lapar’ seharusnya digunakan dengan mengambil makanan yang sihat seperti sayur, buah dan makanan rebus, khususnya bagi mereka yang sedang berdiet.

Menurut satu laporan kajian oleh Science Daily, lapar sederhana sebelum makan mengekalkan kadar gula dalam darah rendah termasuk selepas makan. Perkara itu dibuktikan menerusi penyelidikan yang membabitkan segolongan individu yang lapar dan sebaliknya. Kajian itu mendapati kelompok yang lapar sederhana mempunyai kadar gula darah yang rendah berbanding mereka yang tidak lapar.

Jadi bagaimana anda mengawal kelaparan?

Di sini kami senaraikan beberapa helah mudah dan sihat untuk untuk mengawal pemakanan, elak makan terlalu banyak justeru menyebabkan kenaikan berat badan.

1. Minum kopi hitam atau teh hijau.

  • Penting bagi kita untuk selalu mengisi tubuh dengan makanan dan minuman sihat untuk menjaga perut tetap kenyang dan tidak lapar. 
  • Segelas teh hijau atau kopi hitam boleh membantu menahan rasa lapar. 
  • Anda juga disaran memilih minuman tanpa kafein dan yang lebih sihat.


2. Ambil lebih banyak protein

  • Makanan berprotein tinggi baik untuk menjaga tubuh supaya kenyang lebih lama. 
  • Protein mengambil masa untuk dicerna, meningkatkan metabolisme dan boleh membantu membina otot tanpa meningkatkan tahap lemak di dalam badan. 
  • Beberapa makanan berprotein tinggi yang boleh dimakan, termasuk kacang, dada ayam dan lain-lain.


3. Jangan lewat atau elak sarapan

  • Pastikan anda tidak ketinggalan sarapan pagi. Ini kerana sarapan pagi yang akan membantu anda kekal bertenaga dan secara automatik menekan kelaparan dan keinginan anda untuk makan lebih banyak.


4. Diet berserat tinggi

  • Diet berserat sebenarnya membuatkan proses pencernaan dilakukan dengan mudah dan menghalang penyerapan lemak oleh badan.
  • Kita akan berasa lebih kenyang selepas memakan makanan serat tinggi yang juga penting untuk pertumbuhan bakteria baik di dalam badan. 
  • Antaranya ialah bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.


5. Minum banyak air

  • Air adalah minuman paling mujarab untuk kekal kenyang. 
  • Minum banyak air, terutama di antara waktu makan atau semasa lapar. 
  • Air tidak mempunyai kalori dan ia menjaga hidrasi badan serta memudahkan pencernaan dan pembuangan air. 
  • Di samping itu, air juga baik untuk kesihatan kulit.


Sumber : FMT