Serangan HFMD telah meresahkan ibubapa seluruh negara, perkara tersebut telah menambahkan lagi perasaaan paranoid dikalangan ibubapa sekiranya mahu membawa anak mereka pergi ke tempat riadah ataupun bermain seperti biasa.

Ada berita tersebar berkaitan HFMD yang menyebabkan kematian, tetapi setelah disiasat semula didapati kematian tersebut bukan daripada HFMD.

Kanak-kanak yang terkena jangkitan HFMD amatlah kasihan. Oleh itu, kita sebagai ibubapa perlulah mengambil tindakan awal pencegahan.