Biasanya, lebih ramai isteri yang bimbang suami mereka suka tengok video lucah berbanding si suami. Ini kerana kajian memang membuktikan lelaki lebih banyak menonton video lucah berbanding wanita!

Tapi tahukah anda yang kerisauan si isteri ini sebenarnya bersebab? Kajian baru-baru ini telah membuktikan apa kaitan antara habit suka tengok video lucah dan kes penceraian yang meningkat.

Kajian tersebut mendapati habit suka tengok video lucah boleh menjejaskan hubungan suami isteri secara negatif kerana filem lucah atau pornografi tersebut memberi satu “jangkaan yang tak realistik“.


Suami suka tengok Video Lucah

Maksudnya di sini, dari tabiat suka menonton video lucah itu, pasangan boleh mengharapkan sesuatu yang “tiada real” seperti badan wanita yang seksi dan aksi seksual yang luar biasa dari pasangan mereka yang sebenar.

Akibatnya: terjadilah masalah cemburu dan tertekan pada si isteri. Paling buruk pernah berlaku, perkahwinan boleh musnah!
Menurut kajian dari American Sociological Association itu, pasangan berkahwin yang suka tengok video “blue” @ lucah didapati akan 2 KALI GANDA bercerai berbanding pasangan yang tidak menonton.
Kajian ini dilakukan dengan mengambil kira perkahwinan hampir 2,000 pasangan dalam 3 tempoh yang berbeza.

Semua pasangan tersebut kemudiannya dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan mempunyai tabiat menonton video blue, manakala satu kumpulan lagi tidak.

Selepas kajian lanjut dijalankan, individu yang mempunyai tabiat suka menonton video lucah 11% akan bercerai selepas kajian tamat manakala hanya 6% pasangan yang tidak menonton video lucah akan bercerai.


Menonton Video Lucah Kesan Kesihatan Mental Wanita

Ketua kajian itu, seorang profesor sosiologi di University of Oklahama membuat kesimpulan, video lucah lebih memberi kesan buruk pada wanita berbanding lelaki.

Wanita terkesan dek tabiat ini kerana mereka akan merasa tidak yakin dengan diri sendiri, malah didorong oleh rasa cemburu dan rasa tidak dihargai oleh pasangan.

Kesimpulan itu tidak aneh kerana kajian sebelum ini pun telah membuktikan bagaimana lelaki yang suka melihat video lucah tidak bahagia dalam perkahwinannya.

Apabila seorang suami yang dalam perkahwinan tidak bahagia menonton video lucah, ini membawa kepada perkahwinan yang lebih tidak bahagia.


Kebaikan Menonton Video Lucah

Untuk sesetengah pasangan, video lucah memberi kesan positif dalam hubungan mereka.

Ini kerana ramai suami isteri belajar tentang keinginan seksual dan kegemaran mereka melalui tontonan video lucah. Video ini juga membantu mereka lebih terbuka untuk bercakap tentang keintiman yang mereka bina.

Ada isteri membenarkan suami mereka menonton video lucah sekali sekala untuk mengurangkan tekanan yang mereka rasa.

Jelas sekali perbuatan ini mempunyai kesannya yang tersendiri. Ada yang buruk dan mungkin juga ada yang baik.

Apa yang paling penting adalah membentuk tabiat yang sihat. Jika anda/pasangan mempunyai tabiat suka menonton video lucah yang tidak sihat (seperti selalu sangat tengok video ini), maka pastinya perkahwinan kalian tidak akan bahagia.

Dapatkan keizinan pasangan jika anda tidak mahu tabiat ini mendatangkan kesan buruk di kemudian hari.

Jika anda berasa tidak selesa dengan tabiat buruk ini pada suami, cuba luahkan padanya dengan jujur. Moga dia akan faham mengapa perbuatan ini boleh mendatangkan rasa insecure dalam diri anda.

Sumber : AsianParent