Teknik Latihan Meditasi Sufi Dalam Menangani Stress & Emosi


Stress bukanlah suatu yang harus dilawan atau dimusuhi. Stress atau "Rasa Tegang" merupakan Petanda Kehidupan. Melalui latihan ini ia mengajak anda untuk memahami sifat Stress dan mewarnai kehidupan anda dengan warna-warna cerah kenyamanan minda dan emosi

Cara-cara : 

1. Duduk bersila dalam suasana yang nyaman dan selesa.Tarik nafas melalui hidung, keluarkan melalui mulut. Lakukan dengan perlahan-lahan sehingga anda merasa sangat tenang dan santai.

2. Ucapkan di dalam hati anda :
”ya allah setiap kali saya melakukan latihan ini saya semakin tenang, semakin santai semakin dekat saya bersama mu ya Allah” 
Ucapkan sebanyak 27 kali dengan lembut dan yakin, sehingga terasa getaran alpha di seluruh tubuh badan anda.

3. Cuba dengarkan denyutan jantung anda, sambil meletakkan tapak tangan anda di jantung.Setiap kali terasa denyutan jantung tukarkan irama jantung anda dengan zikir kepada ilahi. Sehingga terasa ada energy dari sekitar jantung anda naik ke bahagian kepala anda. Energy tersebut terasa seperti ada arus elektrik yang bergerak ke kepala anda. Rasakan energy tersebut membakar emosi dan fikiran liar anda. Tubuh anda akan terasa seperti bergerak sendiri. Lakukan latihan ini selama 20 minit. Insyaallah anda akan mendapat manfaat yang sebesar-besarnya.

Selepas 20 minit sebelum membuka mata. Pada waktu ini otak berapa dalam keadaan theta level (atau dalam bahasa mudah faham dalam keadaan khusyuk) gunakan peluang ini untuk berdoa meminta apa yang diinginkan kepada Allah dengan membayangkan sejelas mungkin. Apa yang kita mahukan... keluarkan perasaan bahawa doa sudah dikabulkan... perasaan bahagia... perasaan senang... perasaan syukur... perasaan yakin... nampakkan bentuk.. warna.. gambaran yang jelas sehingga jiwa terasa bergetar kerana yakinnya hambanya pada Tuhannya... akhir sekali sebelum membuka mata ucapkan syukur pada Allah... keluarkan perasaan terima kasih pada Allah seolah olah segala yang kita minta sudah ada.... konsisten lakukan... dan rasakan keajaiban nya...

Comments