Menurut kajian, lelaki perlu berkahwin dengan wanita yang bijak dan 5 tahun lebih muda, jika inginkan hubungan yang bahagia dan berkekalan.

Menurut portal Telegraph.co.uk, pakar penyelidik melakukan kaji selidik ke atas 1,000 pasangan yang terdiri daripada mereka yang sudah berkahwin dan sudah bersama lebih dari 5 tahun.
Hasil dari kaji selidik mendapati, risiko penceraian dapat dielakkan sekiranya umur lelaki tua 5 tahun dan wanita lebih bijak/menerima pendidikan lebih tinggi dari lelaki.
Menurut kajian itu lagi, lelaki dan wanita memilih pasangan berdasarkan atas dasar cinta dan kasih sayang, tarikan fizikal, banyak persamaan, kepercayaan dan sikap masing-masing.

Namun, menurut kajian tersebut, “faktor-faktor objektif” seperti umur, pendidikan dan adat serta budaya “boleh membantu mengurangkan perceraian”.

Para penyelidik memberi contoh hubungan bintang pop Beyoncé Knowles, 33, dan suaminya, Jay-Z, yang 11 tahun lebih tua. Beyonce lebih berpindidikan tinggi dari Jay Z yang tidak menerima diploma sekolah tinggi.
Kesimpulannya, menurut pakar perbezaan umur dan kebijaksanaan wanita dikatakan dapat mengurangkan risiko penceraian.

Sumber Asal : Hasanuva