Ramai beranggapan jus dan smoothie sebagai minuman yang sama kerana berasaskan buah-buahan, namun kajian terbaharu mendapati smoothie lebih baik untuk kesihatan.

Seorang penyelidik dari Academy of Nutrition and Dietetics, Chicago, Amerika Syarikat (AS), Robin Foroutan berkata, smoothie yang dicampur susu atau yogurt masih mengekalkan kandungan buah sepenuhnya.
“Bagi membuat jus, buah biasanya diperah bagi mendapatkan jusnya sahaja. Itu sebabnya kebanyakan jus tidak memiliki pulpa atau isi buah selain mempunyai kadar gula yang jauh lebih tinggi berbanding serat.
“Sementara itu untuk smoothie, kadar seratnya masih dapat dikekalkan meskipun buah itu telah dikisar. Serat ini yang membantu melambatkan penyerapan kandungan gula dalam buah iaitu fruktosa ke dalam tubuh,” 
Foroutan bagaimanapun mengingatkan pengguna agar berhati-hati memilih smoothie yang siap dijual di pasaran kerana kemungkinan besar kandungan gulanya sama tinggi dengan jus.

“Biarlah ia dibuat secara segar supaya pengguna dapat manfaat daripada kebaikan buah dan susu,” ujar Foroutan.