Peria yang rasanya pahit, kaya dengan Vitamin C. Menurut pakar perubatan tradisional Cina, peria membantu mengurangkan kepanasan, menghilangkan keletihan, mencegah gangguan fungsi hati, memulihkan penglihatan dan baik untuk kesihatan dalaman manusia.
Peria yang dimasak dengan daging membantu menyerap zat besi, manakala jika dimakan dengan bawang merah pula dapat meningkatkan daya tahan penyakit.
Untuk mengurangkan pahit peria selepas dimasak, anda boleh mencuba petua yang amat mudah ini :
- Potong peria mengikut keperluan
- Masukkan peria kedalam bekas berisi air
- Masukkan sedikit garam
- Rendam selama 10-15 minit
- Bilas dan sedia untuk dimasak!
0 Comments