
Satu kajian terbaharu yang dijalankan oleh sekumpulan saintis dari Jerman dan Itali mendapati, herba yang digunakan dalam masakan boleh membantu menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh pesakit kanser.
Herba-herba seperti rosemary dan thyme bertindak sebagai ubat tahan sakit semula jadi kerana ia boleh mengurangkan keradangan pada pesakit.
Kajian tersebut yang diterbitkan dalam British Journal of Pharmacology menulis, herba-herba tersebut mengandungi satu komponen yang dipanggil diterpenoids dan ia terbukti berkesan dalam menghalang keradangan daripada berlaku.
Pesakit kanser yang meletakkan herba-herba dalam masakan didapati boleh melawan kanser selain membantu memanjangkan jangka hayat pesakit.
Selain pesakit kanser, herba juga berkesan dalam mengurangkan kesakitan yang dialami oleh penghidap tiroid.
No comments:
Post a Comment