Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Suntikan Vaksin - Jangan Perjudikan Nasib Anak Anda!


Pemberian vaksin kepada bayi yang dilahir di Malaysia sudah diperkenalkan sejak 40 tahun lalu. Bagaimanapun, pengenalan kepada vaksin tertentu adalah secara berperingkat sehinggalah hujung tahun 1980-an di mana kebanyakan vaksin diperkenalkan untuk diberi kepada bayi yang baru lahir.

Pemberian vaksin adalah untuk jangkitan kuman tertentu yang berbahaya yakni boleh memberikan kesan dan maut. Ia bukan untuk melindungi semua jenis kuman di dunia.

Apabila disuntik ke dalam tubuh badan manusia, vaksin akan merangsang sistem pertahanan badan supaya menghasilkan antibodi atau sistem imun yang kuat khusus untuk menentang kuman.

Ia khusus untuk menentang jangkitan kuman dan tiada kaitan dengan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis, angin ahmar dan sebagainya.

Begitu juga dengan jangkitan Diphteria, iaitu jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium Diphteriae. Tujuan vaksin ini diberi kerana jangkitan yang boleh membawa maut terutama jika menjangkiti bayi berumur bawah lima tahun. Kadar kematian adalah tinggi. Sebaliknya imunisasi pula dapat memberi perlindungan lebih 90 peratus.

Kuman ini menjangkiti pesakit melalui titisan udara seperti batuk dan bersin atau melalui sentuhan barang oleh pembawa atau pesakit lain.

Pembawa bermaksud individu yang mempunyai kuman pada badan mereka tetapi tidak mempunyai simptom. Ini disebabkan pembawa mempunyai sistem pertahanan badan selepas diberi suntikan vaksin.

Apabila memasuki rongga udara, vaksin ini akan membiak pada saluran pernafasan terutama rongga mulut. Biasanya simptom hanya bermula selepas dua hingga lima hari dijangkiti. Pesakit akan mengalami demam panas, ada kalanya hingga menggigil diikuti sakit tekak.

Bagi bayi, ia digambarkan dengan pesakit enggan makan atau minum. Mereka juga gagal menelan air liur menyebabkan air liur meleleh keluar dari mulut. Bakteri Diphteria yang melekat pada kerongkong akan membentuk lapisan putih-kelabu menyebabkan sakit.

Lapisan ini juga ada kalanya boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat lalu mengakibatkan pesakit mengalami sesak nafas dan kebiruan. Selain itu, kuman ini boleh mengakibatkan kelenjar pada bahagian leher membengkak seterusnya mengganggu saluran pernafasan.

Setelah berjaya membiak di bahagian rongga mulut, toksin yang dikeluarkan oleh bakteria akan memasuki saluran darah seterusnya pergi ke organ badan lain.

Komplikasi yang tidak diingini seperti masalah jantung, kegagalan buah pinggang dan jangkitan saraf boleh berlaku. Jangkitan saraf ini boleh menyebabkan lumpuh manakala masalah buah pinggang dan jantung boleh mengakibatkan kematian.

Justeru itu, dengan pemahaman mengenai kesan bakteria ini, program imunisasi diperkenalkan kerajaan untuk mencegah jangkitan telah diperkenalkan sejak 40 tahun yang lalu.

Selepas pengenalan program vaksinasi ini, kadar kemunculan kes yang dilaporkan turun mendadak. Ini secara langsung dapat mengurangkan kadar kematian akibat jangkitan bakteria berbahaya ini.

Ibu bapa hendaklah memahami tujuan dan jenis vaksin yang diperkenalkan dalam program imunisasi Kementerian Kesihatan. Ia khas untuk jangkitan tertentu berbahaya yang boleh menyebabkan kematian dan cacat kekal yang tidak diingini.

Sebagai ibu bapa, kita hendaklah melindungi anak-anak kerana mereka adalah tanggungjawab kita disebabkan bayi tidak boleh membuat keputusan bagi pihak mereka sendiri.

No comments: