Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Nyahbeku Daging Ayam - Tempoh Masa Sebenar Yang Perlu Digunakan


Anda baru pulang ke rumah dan baru teringat ayam masih di tempat beku. Arrgh..sudah lambat mahu memasak. Lalu ayam dikeluarkan dan direndam dalam air panas. Betulkah cara begini?

Daging ayam yang telah dinyahbeku dengan air panas perlulah digunakan atau dimasak dalam masa 4 jam. Ianya tidak boleh disejukbekukan semula bagi mengelakkan pembiakan bakteria. Sebaikknya nyahbeku secara perlahan dengan meletakkan ayam di bahagian bawah peti ais, ini membolehkan proses nyahbeku berlaku secara perlahan. ( Sumber : food safety USDA)

Makanan seperti ikan, daging dan ayam mentah perlu di simpan di dalam peti sejuk sebaik sahaja dibeli. Bagi penyimpanan yang kurang daripada 3 hari, makanan-makanan tersebut boleh disimpan secara dingin di ruangan bekas ikan/daging di dalam peti sejuk, ia masih mempunyai tempoh penggunaan yang terhad.

Ini kerana pertumbuhan bakteria masih berlaku tetapi pada kadar yang terkawal. Bagi penyimpanan yang lebih lama, ia mesti disimpan di dalam ruangan sejukbeku (suhu –18 °C). Pada suhu ini, banyak bakteria yang termusnah semasa proses pembekuan.

Walau bagaimana pun bagi makanan yang terlalu tinggi kandungan bakterianya, kerosakan makanan masih tetap terjadi semasa pembekuan walaupun pada kadar yang lebih perlahan. Pembekuan tidak akan mengembalikan kesegaran makanan yang tercemar sebelum dibekukan.

Elakkan menyejukbeku semula makanan yang telah dinyahbekukan. Nyahbeku makanan yang diperlukan sahaja.

Bahagi-bahagikan ikan, ayam dan daging kepada bahagian yang diperlukan sahaja untuk dimasak, dan simpan di dalam bekas yang berbeza bagi mengelakkan penyejukbekuan berulang kali. Bahagian yang kecil ini juga membolehkan makanan disejukbeku dengan cepat.

Sumber : Pamapedia

No comments: