Pencuci Tandas Bebas Bahan Kimia, Boleh Cuba Buat Sendiri


Trend terkini banyak membawakan elemen DIY yang pasti menarik perhatian ramai pemilik kediaman untuk mencubanya. Selain daripada ia menjimatkan dan mudah dilakukan, kaedah ini juga selamat untuk diapliksikan serta tidak memberi kesan yang buruk. Hasilnya juga setara dengan penggunaan pembersih kimia yang terdapat di pasaran.

Bahan-bahannya:

  • 1 cawan air (Dididihkan terlebih dahulu)
  • 1 Setengah cawan baking soda
  • 1 setengah cawan sabun castile (diperbuat daripada minyak olive dan sodium hydroxide)
  • 15 hingga 30 titik essential oil lavender, anggur, tea tree, lemon atau oren
  • Cuka


Cara-caranya:

  1. Dengan menggunakan corong yang kecil, campurkan bahan cecair seperti air dan sabun castile ke dalam bekas.
  2. Kemudian campurkan baking soda. Goncang bahan-bahan tersebut untuk mendapatkan tekstur yang lebih sebati. (Jangan masukkan cuka)
  3. Setelah itu anda bolehlah mengaplikasikan pencuci itu pada bahagian mangkuk tandas. Biarkan bahan tersebut selama 5 hingga 15 minit.
  4. Dengan menggunakan span ataupun berus, sental bahagian tersebut. Pada ketika ini, anda bolehlah letakkan sedikit cuka dan biarkan buat seketika.
  5. Bilas dengan air.
  6. Simpan bahan pencuci tersebut dalam suhu bilik dan jika ingin menggunakannya goncang sehingga sebati.


Sumber Asal : Impiana

Comments