Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Resipi Sup Labu Manis


BAHAN-BAHAN SUP LABU MANIS

  • 1 cawan labu manis yang didadu kecil
  • 500 ml stok ayam
  • 100 ml cooking cream (boleh guna susu rendah lemak atau susu sejat)
  • 1 biji bawang holland, saiz sederhana, didadu
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • Lada hitam yang baru dikisar, secukupnya
  • 5 tangkai daun kucai, hiris halus
  • Secubit serbuk kayu manis
  • 1 camca besar mentega
  • Garam jika perlu


BAHAN ROTI BAWANG PUTIH

  • 1 batang roti perancis
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 camca besar mentega atau marjerin


CARA MEMBUATNYA

UNTUK SUP LABU MANIS 

  1. Panaskan mentega dalam non-stick pan. 
  2. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu. 
  3. Masukkan labu manis dan goreng sekejap. 
  4. Tuang stok ayam, kacau dan masak hingga labu lembut. 
  5. Matikan api. 
  6. Biar suam kemudian kisar hingga halus.
  7. Tuang ke dalam periuk, dan masak hingga pekat sedikit, guna api kecil. 
  8. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk kayu manis dan hirisan kucai (tinggalkan sedikit untuk hiasan). 
  9. Kacau rata dan tambah cooking cream dan kacau rata. 
  10. Perasakan dengan garam jika perlu. 
  11. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  12. Cedok sup labu manis ke dalam mangkuk sesuai, tabur hirisan kucai dan hidangkan bersama roti bawang putih. Sedap dimakan panas atau suam


UNTUK ROTI BAWANG PUTIH 

  1. Bancuh mentega dan bawang putih cincang, kacau rata. 
  2. Hiris serong sederhana tebal roti perancis, sapu dengan mentega + bawang putih tadi, kemudian panggang dalam kuali non-stick hingga perang. 
  3. Guna api kecil. 
  4. Boleh hidangkan bersama sup labu manis..


Sumber Asal : TiffinBiru

No comments: