Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Kebaikan Daun Kesum Dan Petua Awet Muda


Daun Kesum atau Daun Laksa ialah sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di asean. Nama saintifiknya Persicaria odorata atau Polygonum minus huds dan berasal dari keluarga Polygonaceae.

Daun kesum mudah ditanam, khususnya di kawasan lembap yang berair. Daunnya digunakan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan seperti laksa dan masak asam pedas. Ianya berbau wangi serta dapat menghilangkan bau hanyir dalam hidangan.

Selain digunakan di dalam ramuan masakan kesum juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Antara kebaikan daun kesum adalah seperti :

  1. Mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur. Melegakan masalah perut tidak hadam.(Daun kesum direbus kemudian airnya diminum)
  2. Merawat masalah kelemumur :
    • Daun kesum ditumbuk kemudian diperah. 
    • Air perahan itu dicampur dengan sedikit air sebelum digosok kekulit kepala. 
    • Biarkan 3-5 minit kemudian bilas dengan air bersih 

Antara Petua lain penggunaan Daun Kesum seperti :

Menghilangkan panau -

  1. Campurkan secekak daun kesum dengan sedikit minyak tanah. 
  2. Gosokkan pada bahagian yang mempunyai panau setiap hari sehingga panau itu sembuh. 

Mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan dan awet muda -

  1. Makan pucuk daun kesum sebagai ulam setiap kali makan nasi. 

No comments: