Siapa tidak risau jika si kecil diserang demam. Walaupun kita sedia maklum demam adalah penyakit biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak bahkan ia juga sebahagian daripada proses tumbesaran mereka. Demam juga dikatakan boleh menjadi penanda simptom sesuatu penyakit.

Kadang kala sudah puas memberi anak makan ubat demam yang dibekalkan oleh doktor tetapi demam masih belum sembuh. Apa kata kali ini mama cuba pula petua tradisional ini. Mana tahu berkesan. Tak salah mencuba kan.

Rawatan stoking lemon/lemon socks

  1. Perahkan jus lemon ke dalam air suam, rendamkan stoking ke dalam air perahan lemon hingga meresap dan pakaikan pada kaki anak sehingga menutup paras buku lali. 
  2. Air rendaman perahan lemon perlu dibuat berulang kali sebab ia cepat kering.
  3. Boleh juga letak satu hirisan lemon di tengah tapak kaki kiri dan kanan anak dan pakaikan stoking.
  4. Cara ini melambatkan lemon menjadi kering.
  5. Jika sudah kering, gantikan dengan hirisan lemon baru.

Selain lemon, boleh juga guna bawang putih. Caranya sama tetapi jika menggunakan bawang putih, ibu kena buat ujian tampalan dahulu kerana bimbang anak tidak tahan dengan bawang putih yang agak panas.

Kenapa di kaki & kenapa buah lemon?

Ini Kerana kaki kita mengandungi kepekatan kelenjar peluh yang lebih tinggi daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.
Asid lemon pula dapat membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala & bersurai keseluruh badan. Apabila haba dapat bergerak, ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.
Selain dari itu, lemon bertindak sbgai antioksidan semulajadi dan kaya dengan vitamin C. Dengan ini ia dapat menaikkn sistem imun badan kita dan dapat melawan virus dan bakteria.
 Rawatan stoking lemon socks elok di buat pada waktu malam ketika anak sedang tidur. 
Epsom salt bath (Boleh dibeli di Rangkaian Watson - EpsomSalt )

  1. Letakkan dua sudu epsom salt dalam air suam dan rendamkan anak dalam 15 minit. 
  2. Siramkan ke kepala dan badan anak. 
  3. Selain epsom salt, boleh jugak guna cuka epal asli. 
  4. Lakukan 2 hingga 3 kali sehari. 


Sumber Asal : PaMa