Kajian terkini yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Pusat Perubatan Universiti Leiden, Belanda mendedahkan,
Menonton filem genre seram boleh membuatkan darah menjadi beku.
Kajian tersebut dijalankan ke atas 24 orang individu sihat yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Masing-masing berusia bawah 30 tahun dan diminta untuk menonton filem seram selama 90 minit.

Kumpulan pertama diminta untuk menonton filem seram terlebih dahulu sebelum kemudiannya disajikan dengan tayangan dokumentari.

Kumpulan kedua pula diminta menonton filem sama, namun mereka diminta menonton dokumentari terlebih dahulu diikuti filem seram.

Pasukan penyelidik mengambil darah setiap peserta 15 minit sebelum dan selepas mereka menonton filem.

Pasukan penyelidik mendapati, bacaan pada darah menunjukkan penurunan kepada 57 peratus (membeku) sewaktu menonton filem seram, dan kembali kepada bacaan 86 peratus (cair) selepas menonton dokumentari.

Hasil penyelidikan tersebut diterbitkan dalam British Medical Journal.

Sumber Asal : Kosmo