Ada beberapa jenis minuman yang boleh anda cuba untuk membantu memudahkan tidur pada waktu malam. Bagi penuntut universiti, pelajar kolej atau mereka sudah berkerjaya yang masih ‘bertarung’ dengan masalah ini, boleh cuba dan rasai sendiri hasilnya.

Susu coklat
  • Salah satu minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat. 
  • Susu panas dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf. 

Teh pudina
  • Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi.
  • Minum minuman ini satu jam sebelum tidur. 

Teh Chamomile
  • Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur. 
  • Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan. 

Koko
  • Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa kebanyakan orang.
  • Minum coklat panas jika anda mengalami insomnia. 

Susu hangat
  • Beralih ke susu hangat jika susah tidur. 
  • Tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata. 
  • Selain itu, ia dikatakan membantu seseorang untuk rasa segar kembali keesokan harinya. 

Susu kacang badam (almond)
  • Dengan wujudnya vitamin E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup. 

Teh halia
  • Teh halia panas baik untuk pencernaan. 
  • Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.