Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Bantu Isteri Ketika Pantang, 5 Perkara Suami Perlu Tahu


Biasanya emosi ibu baharu melahirkan anak agak tidak stabil. Menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru serta menanggung kesakitan melahirkan anak bukan perkara yang mudah. Apatah lagi sekiranya sudah memiliki anak lain sebelum itu. Dalam mengharungi fasa baharu tersebut, sudah tentu isteri memerlukan sokongan daripada orang paling rapat dengannya iaitu suami.

Suami perlu bijak memainkan peranan dalam melalui situasi tersebut. Jangan serahkan segala tugas menguruskan anak-anak di bahu isteri seorang diri. Ada banyak perkara yang boleh dilakukan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh isteri selepas melahirkan bayi seperti berikut ini.

1. Beri lebih perhatian kepada isteri

  • Tunjukkan kasih sayang anda. Peluk dan cium isteri sentiasa.
  • Belaian dan kasih sayang yang diberikan dan diucapkan memberikan keyakinan kepada isteri. 
  • Dengan kekusutan dan kekalutan melalui fasa bergelar ibu, isteri anda hilang keyakinan tentang penampilan dirinya. 
  • Katakan kepada isteri, yang dia tetap hebat dan menarik di mata anda walaupun banyak perubahan berlaku kepada fizikalnya.


2. Jangan tanya bila isteri akan bersenam

  • Ketahuilah yang dia melakukan pengorbanan besar untuk mengandung dan melahirkan zuriat anda berdua biarpun terpaksa membiarkan badannya berubah daripada saiz S menjadi L atau XL!
  • Jangan sekali-kali bertanya "bila agaknya sayang hendak mula bersenam?"


3. Sediakan makanan

  • Dengan adanya kemudahan internet, bila-bila masa anda boleh mencari menu makanan ibu berpantang. 
  • Sekurang-kurangnya anda dapat menyediakan makanan yang berkhasiat untuk isteri tersayang sekaligus untuk menghasilkan susu berkualiti untuk si comel yang baharu lahir.
  • Bahkan makanan berpantang itu pun tak salah kalau anda hendak makan juga. Jimat kos makan sebab tak perlu beli makanan di luar.


4.  Rajin uruskan bayi

  • Bila balik dari kerja, janganlah harap untuk duduk goyang kaki di sofa sambil minum air jus yang dihidangkan oleh isteri seperti sebelum dia bersalin. 
  • Sebaliknya anda perlu segera membantu apa yang patut. Paling mudah, dukung dan pujuklah bayi anda jika dia menangis atau bantu menukar lampin atau pakaian bayi. 
  • Selain dapat mengeratkan ikatan ayah dan anak, ia juga melegakan isteri anda kerana dia boleh berehat seketika.


5. Jangan sekali-kali kejutkan isteri tidur

  • Sekiranya isteri anda sedang lena tidur jangan kejutkan dia semata-mata hendak bertanya soalan remeh seperti "kat mana sayang letak stoking kerja abang?" atau "bolehke abang pakaian Daniel baju tidur gambar Upin Ipin ni?" Hanya sebab-sebab yang munasabah sahaja anda boleh mengejutkan isteri berpantang anda bangun dari tidur.


Sumber : Pa&Ma

No comments: