5 Petua Menghalau Semut Dalam Makanan Di Dapur


Kadang-kadang serangga ini nampak comel, tapi kadang-kadang sangat menjengkelkan apabila makanan kita di takluki oleh pewira-pewira semut ini.

Malah, ada sesetengah daripada anda mungkin boleh membeli ‘shieldtox’ untuk membunuh atau menghalau semut-semut ini (Sangat berbahaya sebanarnya jika menggunakan racun serangga).

Tetapi kini anda tidak perlu risau! Anda boleh mencuba beberapa petua berunsurkan semulajadi yang datang dari hasil tanaman atau pun tumbuh sekitar rumah anda sendiri yang kami akan kongsi kan dalam entri pada kali ini. Ia tidak akan membahayakan anda dan juga semut-semut anda.


  1. Cili Kering
    • Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. 
    • Ini boleh menghindarkan semut untuk mendekati gula. 
    • Kenapa? Semut tak suka cili
  2. Bawang Merah
    • Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula
    • Anda tidak perlu mengupas kulit bawang tersebut. 
    • Letakkan bawang mengikut saiz bekas gula anda. 
  3. Asam keping
    • Masukkan beberapa keping asam keping atau beberapa ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. 
    • Bau asam keping tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.
  4. Bunga Cengkih
    • Bau bunga cengkih memang agak kuat, tetapi ia sangat membantu untuk menghalau semut dari gula simpanan anda. 
    • Bunga cengkih sama seperti asam keping, ia tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.
  5. Daun Sirih
    • Carik-carik kan helaian daun sirih dan letakkan pada kawasan laluan atau tempat semut berkerumun.


Sumber : akademiflora

Comments