Tidak dinafikan, ramai orang menganggap asap e-rokok tidak merbahaya malah penggunaannya juga dikatakan jauh lebih selamat berbanding rokok biasa. Namun, sejauh mana kebenaran tanggapan ini?

Meskipun ada yang menolak penggunaan vape dalam masyarakat, ada beberapa pertubuhan yang bersetuju dengan idea rokok elektrik. Contohnya,
Pertubuhan Ahli Fizik Kesihatan Awam Amerika (AAPHP) menyokong penjualan vape kepada orang dewasa. Ini kerana ia berkemungkinan menyelamatkan empat daripada lapan juta perokok di negara itu. Angka asal itu dipercayai mati disebabkan penyakit berkaitan tembakau dalam masa 20 tahun.
 
Vape Merosakkan DNA
Laporan dalam web portal, TimesofIndia pada Februari lalu menjelaskan, Profesor dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health di Amerika Syarikat, Shyam Biswal mendapati
Vape membahayakan kekebalan tubuh dan mampu mendatangkan keburukan kepada paru-paru.
Untuk membuktikan kebenarannya, kajian dijalankan keatas dua kumpulan tikus. Kelompok pertama diletakkan dalam ruangan inhalasi mengandungi asap vape dan kelompok kedua hanya dibiarkan dengan udara biasa.

Hasil mendapati, tikus terdedah kepada asap vape mengalami gangguan imunisasi selain jangkitan bakteria. Ini kerana,
Asap rokok elektrik terkandung radikal bebas atau racun yang mampu merosakkan DNA dan molekul dalam sel sehingga berupaya menyebabkan kematian sel tubuh.

Risiko kanser
Dalam kajian lain, penyelidik mendapati karsinogen seperti formalin dan asetaldehida yang terkandung dalam wap vaporizer menjadi pencetus kanser penyebab kematian.

Dalam huraian mudah, vape dipercayai mengandungi jenis nikotin bervariasi iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine berupa wap.

Larutan nitrosamine ini difahamkan mampu menjadi penyebab kanser.

Walaupun sudah bertahun bertapak, isu sama ada vape berbahaya atau tidak masih dibahaskan. Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila menggunakan vape dan tidak kurang yang percaya bahaya vape.

Pelbagai idea dan pendapat disuara, namun hanya kita sendiri yang menilai sama ada mahu teruskan atau sebaliknya.