Resipi Kambing Masak Black Pepper


BAHAN - BAHANNYA 

  • 1 kg daging kambing*
  • 1 inci halia, hiris nipis*
  • 3 ulas bawang putih, diketuk*
  • 3 helai bau leaf*
  • 1 camca teh garam*
  • Air secukupnya*(*direbus hingga empuk)
  • 1 biji bawang besar, dibelah 6 dan leraikan
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 5 biji bawang merah, hiris halus
  • 1 inci halia, cincang halus
  • 1/2 bahagian traffic light capsicum, dipotong kiub
  • 3/4 camca besar lada hitam, tumbuk hancur
  • 3 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap lemak manis


CARA - CARA

  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak. 
  2. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. 
  3. Masukkan sos tiram, lada hitam tumbuk dan kicap lemak manis. Kacau rata dan masak sekejap dengan api kecil.
  4. Toskan daging kambing dan tapis air rebusan daging kambing tadi. 
  5. Tuang air rebusan ke dalam kuali. 
  6. Kacau rata dan biar mendidih, masak hingga pekat. 
  7. Tambah daging kambing, bawang besar dan traffic light capsicum tadi, kacau rata.
  8. Masak hingga sedikit kering atau jika suka berkuah boleh tambah sedikit air panas, rasa dan jika ok boleh matikan api. (jika kurang garam, anda boleh tambah garam atau sedikit lagi kicap). 
  9. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.


Sumber : TiffinBiru

Comments