Selain menjaga kesihatan mata melalui aktiviti yang dilakukan seharian, diet yang seimbang juga membantu mendapatkan mata yang sihat tanpa masalah. Terdapat beberapa jenis makanan yang boleh diambil untuk menjaga deria penglihatan anak anda sejak mereka kecil lagi.

  1. Sayur-sayuran berdaun hijau seperti :
    • Bayam, 
    • Kangkung, 
    • Kailan atau sawi.
  2. Ikan yang berlemak baik seperti salmon dan tuna.
  3. Makanan kaya dengan protein bukan daripada daging seperti telur dan kekacang.
  4. Buah-buahan sitrus seperti oren atau lemon.
  5. Sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C seperti : 
    • Brokoli 
    • Bunga kubis 
    • Lada benggala dan sebagainya.
  6. Makanan yang kaya dengan zat besi seperti :
    • Daging 
    • Ayam 
    • Kerang-kerangan 
    • Bijirin serat penuh.


Sumber : Pa&Ma