Tidak ada ibu bapa yang senang hati apabila anak mereka pandai menipu, namun satu kajian menunjukkan kanak-kanak yang berbohong lebih cerdas.
Pakar psikologi di Universiti Sheffield, England mendapati,
Kanak-kanak yang pandai berbohong boleh menyelesaikan ujian yang diberikan dengan lebih baik berbanding kanak-kanak jujur.Menurut penyelidik, Dr. Elena Hoicka, berbohong memerlukan pemikiran dan daya ingatan yang kuat.
“Penelitian ini menunjukkan bahawa pola berfikir terutama memori verbal sangat penting untuk interaksi sosial yang bersifat kompleks seperti berbohong kerana anak harus menjaga beberapa informasi sambil menjaga sudut pandang penyelidik,” jelasnya.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Experimental Child Psychology itu dilakukan ke atas 135 kanak-kanak berusia antara enam hingga tujuh tahun.
0 Comments