Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Resipi Tepung Pelita #Ramadhan


Hidangan untuk 15 hingga 20 bekas kecil, atau satu tin kek bulat sebesar 10 inci
Masa Penyediaan : 15 minit
Masa Memasak   : 30 minit


Bahan-bahan :

Untuk lapisan bawah:
  • 160g tepung beras
  • 220g gula
  • 1200ml air
  • 6 daun pandan atau 1 sudu teh perasa pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Untuk lapisan atas:
  • 700ml santan Ayam Brand
  • 45g tepung beras
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara :

  1. Sediakan jus pandan dengan memotong daun pandan kepada kepingan kecil dan kisarkan dengan 4 sudu besar air biasa. Gunakan penapis untuk memerah jus dari daun.
  2. Campurkan jus pandan dengan tepung beras, air dan gula. Masak di atas api kecil sambil mengacau. Masak sehingga campuran menjadi pes licin yang pekat, kemudian padamkan api.
  3. Tuangkan campuran ke dalam tin bulat 10 inci atau ke dalam bekas-bekas kecil. Kukuskan sehingga masak dan biarkan menyejuk.
  4. Campurkan ramuan untuk lapisan atas ke dalam periuk dan masak di atas api kecil sambil mengacau. Masak sehingga licin dan pekat.
  5. Tuangkan campuran ke atas lapisan bawah. Biarkan menyejuk dan letakkan dalam peti sejuk.

Sumber : Hungry

No comments: