Neelofa memuat naik sekeping foto sekaligus berkongsi resepi sahur dan juga petua untuk kekal cergas kepada peminatnya.
Kata Neelofa, makanan seperti bijirin, telur dadar dan juga sandwic merupakan antara sumber bekalan tenaga yang baik selain mudah dan cepat untuk disediakan sewaktu bersahur.
Bagi Neelofa sendiri, dia lebih gemar bersahur dengan kurma, susu segar dan juga madu. Ketiga bahan ini dicampurkan dan dikisar kemudian diminum. Mudah sahaja bukan? Malah pengacara yang manis dengan senyuman ini juga menjelaskan minuman jus tersebut dia berasa bertenaga dan cergas sepanjang hari.