Kita sering mendengar kes-kes yang melibatkan jenayah seks terhadap kanak-kanak. Daripada kes mencabul kanak-kanak, perbuatan sumbang mahram seperti bapa merogol anak sendiri yang masih kecil, hingga kepada rogol lalu membunuh mangsa yang tidak berdaya, masalah yang disebabkan oleh fidofilia dilihat semakin membimbangkan.

Masih ingat kisah menyayat hati adik Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang menjadi mangsa fidofilia kira-kira lapan tahun lalu, ia menimbul kemarahan orang ramai atas nasibnya itu.

Persatuan Psikiatrik America (APA) mengelaskan fidofilia dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM) sejak 1968 dan masalah psiko-seksual itu berada di bawah kumpulan parafilia iaitu fantasi atau keinginan seks luar biasa yang berulang-ulang.
Terbaru, kita dikejutkan dengan penangkapan genius matematik, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, atas kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak dan dia dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan bersabit 13 kesalahan oleh Mahkamah Southwark Crown di London.

Pakar psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, peratusan untuk fidofilia di tahap ini untuk berubah kepada fidofilia yang melakukan pencabulan kanak-kanak itu ada walaupun kecil.
“Fidofilia ini sebenarnya seseorang yang kecenderungan seksnya terarah kepada kanak-kanak ataupun remaja iaitu secara spesifiknya kepada mereka yang di bawah usia 16 tahun.
“Fidofilia bukan semestinya melakukan seks terhadap kanak-kanak tetapi ia menjurus ke arah itu. Dia mungkin berminat sahaja, maksudnya tiada berlaku sebarang sentuhan atau meneruskan keinginan dan kemahuannya. Dipendekkan, seorang dewasa yang mudah terangsang dengan memikirkan dan membayangkan atau dengan melihat gambar kanak-kanak sahaja.
“Ada sebahagian lagi bertindak balas dengan kencenderungan itu. Contohnya dia mungkin menghampiri kanak-kanak, berbual mesra dan dengan cara itu dia dapat merasakan seolah-olah keinginan seksnya itu dapat dipuaskan daripada bersembang sahaja.
“Kategori akhir pula yang melibatkan kelakukan seksual iaitu hingga ke tahap merogol kanak-kanak,” terang Dr. Muhammad Muhsin.
Proses yang mudah untuk memiliki dan menonton gambar kanak-kanak yang dieksploitasi menerusi Internet dilihat Dr. Muhammad Muhsin antara punca golongan fidofilia bertambah.

 
Apakah maksud "Fidofilia"?
  • Ini adalah kelakuan seks di luar tabii' atau paraphilia
  • Seorang "Fidofilia" hanya akan mendapat kepuasan seks melalui interaksi seksual dengan kanak-kanak
  • Mengadakan seks dengan kanak - kanak adalah satu kesalahan
  • Pesalahlaku ini mungkin orang asing, seseorang yang rapat dengan kanak-kanak itu atau dipercayai oleh ibu bapa
Apakah kesan kesan "Fidofilia"?
  • Trauma psikologi kepada mangsa dan keluarga
  • Kecederaan kepada mangsa
  • Tekanan kepada masyarakat
Bilakah saya perlu dapatkan bantuan?
  • Jika anda bimbang anda cenderung kepada tabiat Fidofilia
  • Jika anda pernah menjadi mangsa tetapi tidak pernah memberitahu sesiapa mengenainya
  • Jika anda mengenali sesiapa yang memerlukan bantuan
Siapakah yang dapat membantu?
  • Langkah pertama ialah bersikap terbuka dan meluahkan perasaan anda kepada sesiapa yang anda percayai.
  1. Keluarga
  2. Kawan-kawan
  3. Guru/ Kaunselor
  4. Pembimbing Rakan Sebaya/Pembimbing Rakan Sekerja
  5. Doktor
  • Setengah-setengah pertubuhan atau organisasi

    • Pautan kepada Agensi Kerajaan
    1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) : www.myhealth.gov.my (Perkhidmatan Tanya Pakar) & www.moh.gov.my
    2. Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) : www.lppkn.gov.my
    3. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : www.jkm.gov.my
    4. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) : www.moe.gov.my
    5. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) : www.islam.gov.my
    • Pautan kepada Badan Bukan Kerajaan
    1. The Befrienders Kuala Lumpur : www.befrienders.org.my
    2. Majlis Perundangan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh : www.mccbchs.bobjots.org
    3. Persatuan Perubatan Islam Malaysia : www.ppim.org.my
    4. Persekutuan Persatuan-Persatuan Perancangan Keluarga Malaysia : www.ffpam.org.my
    5. Persatuan Perubatan Malaysia : www.mma.org.my
    6. Persatuan Psikiatri : www.psychiatry-malaysia.org


Sumber: MyHealth, Utusan