Bukan hanya sedap dimakan, strawberi dan pic mempunyai kebaikan kepada kesihatan termasuk mereka yang menderita pelbagai jenis penyakit.

Kandungan nutrien yang tinggi dan kaya antioksidan membuatkan kedua-dua jenis buah itu mampu meningkatkan sistem pertahanan badan.

Kebaikan Strawberry

  1. Selain kaya vitamin C, strawberi yang juga dikenali sebagai makanan super mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan sebaik dimakan, ia bertindak pantas dalam darah untuk melindungi tubuh.
  2. Strawberi mampu melindungi penglihatan dengan mengelak pembentukan katarak yang boleh menyumbang kepada masalah buta ketika usia meningkat. Pendedahan kerap terhadap sinar ultra ungu (UV) menyebabkan mata terdedah kepada kerosakan, namun pengambilan strawberi boleh menguatkan bahagian kornea dan retina mata.
  3. Strawberi juga mampu melindungi diri daripada radikal bebas dan kanser kerana ia menghalang perkembangan sel kanser. Kandungan kolesterol yang tinggi boleh menyumbang kepada masalah kardiovaskular dan kandungan asig elagik dan flavanoid dalam strawberi boleh membantu menyingkirkan kolesterol LDL dalam darah yang bertanggungjawab menyumbat arteri hingga menjurus kepada serangan jantung.
  4. Strawberi meningkatkan kepadatan tulang serta membina dan mengekalkan struktur sihat tulang kerana kandungannya kaya dengan mangan.

Kebaikan Buah Peach

  1. Buah pic pula snek terbaik dalam membantu menurunkan berat badan kerana seratnya boleh membuatkan diri berasa kenyang biarpun satu pic hanya mengandungi 35 kalori dan tanpa lemak.
  2. Kandungannya yang kaya dengan phytokimia iaitu sejenis antioksidan boleh melawan penyakit diabetes akibat kegemukan melampau dan penyakit kardiovaskular.
  3. Sama seperti strawberi, ia mempunyai bahan antikanser dan melindungi sel daripada rosak. 
  4. Ia kaya dengan selenium dan boleh dijadikan snek sihat untuk mengurangkan rasa tertekan.
  5. Lebih menarik, pic boleh membantu menyingkirkan cacing di dalam usus dan memiliki kesan diuretik yang membantu membersihkan buah pinggang dan pundi kencing, selain merawat sakit perut.
  6. Mereka yang menderita sakit gout dan penyakit sendi boleh mengambil teh buah pic atau makan pic kerana ia memiliki sifat yang menenangkan radang.