Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Resipi Roti BAN Mexican


BAHAN A:

  • 230 gm tepung berprotein tinggi
  • 10 gm yis segera
  • 170 ml air
  • ½ sudu kecil pelembut roti


BAHAN B:

  • 1 biji telur
  • 60 gm gula halus
  • ½ sudu kecil garam
  • 50 ml air
  • 5 gm yis segera


BAHAN C:

  • 30 gm mentega
  • 30 gm tepung berprotein tinggi


BAHAN TOPPING:

  • 200 gm mentega
  • 150 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar serbuk kopi emulco


BAHAN INTI:

  • 50 gm mentega
  • 50 gm gula halus
  • 1 sudu besar kopi emulco


CARA MENYEDIAKAN:

  1. Gaul dan uli bahan A hingga sebati. Rehatkan selama satu hingga satu jam setengah.
  2. Satukan bahan B ke A, dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Masukkan bahan C, uli lagi, dan rehatkan selama 15 minit.
  3. Bahagikan doh menjadi doh-doh kecil seberat 60 gm setiap satu. Bulat dan rehatkan selama 5 hingga 10 minit.
  4. Untuk inti bun, kacau semua bahan hingga sebati.
  5. Canai doh, masukkan inti, bulatkan dan susun di atas loyang. Biarkan kembang dua kali ganda.
  6. Untuk topping, kacau semua bahan topping hingga sebati.
  7. Paipkan hiasan di atas ban yang sudah kembang. Bakar pada 180°C selama 15 hingga 20 minit.


sumber : sajionline

No comments: