Kesihatan

[Petua Kesihatan][bleft]

Kecantikan

[Petua Kecantikan][bleft]

Seks

[Petua Seks Suami Isteri][bleft]

Resipi Pavlova Yang Sangat Sedap !


Bahan-bahan untuk pavlova base:

  • 4 bji telur putih gred A (pada suhu bilik)
  • 3/4 cawan gula Castor (resipi asal 1 cawan)
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1/2 sudu the vanilla essense / vanilla powder


Bahan-bahan Topping:

  • 1/2 cawan whipping cream non dairy
  • Fresh fruits (seperti strawberry, raspberry, blueberry, kiwi, passionfruit, grapes, lebih kepada buah-buahan yang masam untuk mengimbangi rasa manis dari pavlova base)


Cara-cara : 

  1. Pastikan kesemua alat yang hendak digunakan untuk membuat pavlova ini perlu bersih dari segala kesan minyak. Basuhkan alatan hingga bersih siramkan air panas mendidih untuk menghilangkan kesan minyak tersebut. Keringkan kesemuanya.
  2. Telur telah dibasuh terlebih dahulu dan dibiarkan pada suhu bilik. pastikan telur putih diasingkan sempurna tanpa ada serpihan kulit telur atau kuning telur. Ini sangat penting untuk pastikan meringue kita buat menjadi. Boleh juga buang pusat telur yang kelihatan bergumpal dalam putih telur ini untuk menghilangkan rasa hanyir telur. 
  3. Kalau boleh, gunakan stainless steel bowl atau glass bowl. Elakkan gunakan plastic bowl sebab permukaan plastic bowl yang banyak kesan luka dan calarrr itu mudah menyimpan lembapan tersembunyi. Amat sensitive untuk meringue!
  4. Kemudian baru panaskan oven 140C, place the rack at the middle of the oven.
  5. Lapikkan baking tray dengan aluminium foil dan gariskan dengan pisau secara lembut (jangan sampai tembus pulak!) dengan gunakan acuan bulat 7 inci buat 2 bulatan di situ (untuk buat double layer pavlova). Tapi kalau nak buat single layer pavlova pun boleh.. gunakan saiz  9 inci. 
  6. Pukul putih telur tadi dengan mixer. Mula medium, bila nampak dah mula kembang, masukkan castor sugar sesudu demi sesudu. Iye sabarrr :) 
  7. Jangan lupa masukkan juga vanilla essense atau vanilla powder. 
  8. Bila dah mula kembang terus to the max. Pukul sampai nampak "glossy soft peak". Terbalikkan kat kepala confirm tak jatuh. Sila buat :)
  9. Barulah masukkan tepung jagung dan cuka. Gunakan spatula untuk kacau rata dengan penuh lemah lembut 
  10. Boleh la di tuang ke baking tray tadi. terpulang nak buat double layer atau pun single layer.
  11. Masukkan dalam oven untuk 1 jam 15 minit. Selepas setengah jam, turunkan suhu oven ke 120C. Jangan sesekali bukak pintu oven sebab pavlova base ini mungkin retak atau turun. 
  12. Bila dah masak, kita sentuh permukaan pavlova dry, crispy and bouncy :)
  13. Matikan oven. Biarkan pintu oven renggang sedikit. dan biarkan ia sejuk di dalam oven. Ini untuk mengelakkan ia retak dek menyejuk secara mengejut.
  14. Bila nak hidangkan, bolehlah dikeluarkan dari oven, dan pisahkan aluminium foil atau baking paper tadi secara perlahan-lahan. Awas! Sangatlah fragile pavlova base ini.
  15. Kemudian siapkan topping. Buah-buahan segar pilihan, kalau boleh gunakan yang masam. Strawberry, blueberry, raspberry, grapes, kiwi macam-macam lagi.
  16. Then, whip the whipping cream. Whipping cream yang biasa saya gunakan ini adalah non-dairy dari jenama Rich's Gold Label. Mudah sangat, siap tersedia dan tak perlu ditambah gula lagi. Cuma harus diputar sampai kembang dan kental. Terus sapukan pada pavlova base tadi. Atau boleh juga gunakan piping bag.
  17. Susun-susun, tabur-tabur buah-buahan pilihan anda.
  18. Ulang proses yang sama jika buat double layer pavlova. 
  19. Siap!

 sumber : ernieyusnida

No comments: